Halaman Utama

    Sekapur Sireh

    Profil

       Falsafah

       Organisasi

       Profil Guru

       Subjek

    Aktiviti

    Galeri

    Borang

    Hubungi Kami

    Pelan Lokasi

 

FALSAFAH PENDIDIKAN

 

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.


FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.
 

 

 

 

 

 

 

© 2007 Tadika Alya Az-Zahrah. Hakcipta Terpelihara.
Sebarang artikel dan komunikasi
di dalam laman web  ini tidak boleh diterbitkan semula tanpa kebenaran. Kami tidak bertanggungjawab terhadap kesulitan yang timbul berpunca daripada maklumat tersebut. Laman web dibina dan diselenggara oleh eightyeightstudio.com