|
PENGENALAN
Sejarah penubuhan Tadika Alya Az-Zahrah bermula pada 1 Ogos, 2003 di
Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor. Tadika Alya Az-Zahrah mula
beroperasi sepenuhnya pada 1 Januari, 2004. Pengambilan tahun
pertama adalah seramai 25 orang murid yang terdiri seawal usia 4
tahun hingga 6 tahun. Alhamdulillah kesemua murid telah berjaya
menamatkan pengajian mereka. Pada 1 Januari, 2005, Tadika Alya telah
mengorak langkah lagi dengan membuka cawangan di Taman Sandaran
Permai (dahulunya dikenali sebagai Taman Bukit Sandaran), Shah Alam,
walaupun hanya menerima lima orang murid sahaja ketika itu. Pada
tahun 2006, jumlah murid cawangan ini telah bertambah seramai tiga
puluh orang murid. Peningkatan drastik ini adalah kerana sokongan
dan kepercayaan ibu bapa terhadap prestasi murid-murid yang
mengikuti sesi persekolahan di Tadika Alya Az-Zahrah sebelum itu.
Pada 1 Januari, 2007, cawangan ketiga Tadika Alya Az-Zahrah di
Seksyen U3, Taman Subang Perdana, Shah Alam, telah dibuka. Pada
peringkat awal pembukaan cawangan ini, kami telahpun menerima
kemasukan seramai lima orang murid. Sehingga akhir November, 2007
jumlah murid Tadika Alya Az-Zahrah telahpun mencecah seramai 56
orang. Insya-ALLAH, pelbagai usaha akan terus dilaksanakan bagi
meningkatkan kualiti dan prestasi perkhidmatan pendidikan pra
sekolah di Tadika Alya Az-Zahrah pada tahun-tahun akan datang.
VISI
Menjadi peneraju utama
institusi pendidikan dalam menyediakan program pendidikan prasekolah
menyeluruh dan bersepadu untuk murid yang berumur empat tahun hingga
enam tahun dalam membina modal insan yang seimbang pencapaiannya
dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, sosial dan sahsiah
berpaksikan kepada ajaran agama menjelang tahun 2020.
MISI
Berusaha menyediakan
program pengajaran dan pembelajaran yang mampu membangun serta
membina modal insan yang beriman, berilmu, beramal, berakhlak mulia,
fizikal yang sihat, emosi yang stabil, berketrampilan, berdisiplin,
bertanggungjawab dan bermotivasi melalui komitmen dan iltizam semua
guru, kakitangan dan mendapat sokongan padu daripada ibu bapa dan
masyarakat.
MATLAMAT
Memastikan murid-murid
mendapat pendidikan terbaik melalui iklim persekitaran dan budaya
sekolah yang harmonis, muhibah dan saksama untuk membina modal insan
yang seimbang dari segi agama dan akademik selaras yang digariskan
dalam Falsafah Pendidikan Islam dan Falsafah Pendidikan Negara.
OBJEKTIF
1. Memberi
peluang yang saksama kepada setiap murid tanpa mengira latar
belakang,
agama dan keturunan untuk mendapat pendidikan yang
sebaik-baiknya.
2. Memastikan
semua aktiviti pembelajaran dan pengajaran dilaksanakan
mengikut
takwim perancangan tahunan.
3. Menyediakan
guru yang mencukupi, bertanggungjawab, berdisiplin,
berdedikasi,
komited, terlatih dan produktif bagi meningkatkan
profesionalisme dan martabat
keguruan.
4. Merancang
guru-guru mesti menghadiri kursus atau latihan kemahiran
atau seminar
setiap tahun dalam usaha memastikan guru-guru agar terlatih
dan mahir.
5. Menyediakan
kemudahan-kemudahan pendidikan yang selesa, lengkap,
mencukupi dan
selamat berteraskan piawaian-piawaian tertentu.
6. Mewujudkan
jentera dan sistem pengurusan pendidikan yang cekap,
berkesan, dinamik
dan berteraskan kepada penambahbaikan dan pembaharuan yang
berterusan.
7. Memastikan
pengurusan dan pentadbiran hal ehwal sekolah dijalankan
dengan cekap,
berkesan dan responsif kepada kehendak-kehendak dan
keperluan-keperluan
pelanggan iaitu murid, guru, masyarakat dan negara.
LOGO

Warna Unggu: Melambangkan Kecintaan Kepada Ilmu
Warna Kuning: Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Warna Hijau: Islam Sebagai Asas Pendidikan dan Pembentukan
Akhlak
Mortar Dan Segulung Ijazah: Penjanaan Kecemerlangan Dan
Kejayaan Ilmu
Motto: Ilmu, Usaha Dan Taqwa
MOTTO
ILMU, USAHA DAN TAQWA
WARNA RASMI
UNGGU DAN
KUNING
LAGU
ILMU, USAHA
DAN JUGA TAQWA
COGANKATA KITA
TADIKA ALYA AZ-ZAHRAH
TERSERGAM INDAH
KU TUNTUT ILMU BERSAMA GURU
MENGENAL RAKAN-RAKAN BARU
SENTIASA BERUSAHA
MENJADI MAJU, BERIMAN DAN BERTAQWA
ITULAH IMPIAN KITA
HARI DAN WAKTU PERSEKOLAHAN
HARI MASA
Isnin hingga Khamis 8.00 pagi – 11.30 pagi
Jumaat 8.00 pagi – 11.00 pagi
TAKWIM SESI PERSEKOLAHAN
2010
| Kumpulan A |
| Penggal |
Cuti dan Hari Persekolahan |
Mula |
Akhir |
Hari |
I |
Hari Persekolahan |
03.01.2010 |
31.01.2010 |
21 |
| Hari Persekolahan |
01.02.2010 |
28.02.2010 |
20 |
| Hari Persekolahan |
01.03.2010 |
11.03.2010 |
9 |
| Cuti Pertengahan Penggal |
12.03.2010 |
20.03.2010 |
9 |
| Hari Persekolahan |
21.03.2010 |
31.03.2010 |
9 |
| Hari Persekolahan |
01.04.2010 |
29.04.2010 |
21 |
| Hari Persekolahan |
02.05.2010 |
31.05.2010 |
22 |
| Hari Persekolahan |
01.06.2010 |
03.06.2010 |
3 |
| Cuti Pertengahan Tahun |
04.06.2010 |
19.06.2010 |
16 |
II |
Hari Persekolahan |
20.06.2010 |
30.06.2010 |
9 |
| Hari Persekolahan |
01.07.2010 |
29.07.2010 |
21 |
| Hari Persekolahan |
01.08.2010 |
31.08.2010 |
23 |
| Hari Persekolahan |
01.09.2010 |
02.09.2010 |
2 |
| Cuti Pertengahan Tahun |
03.09.2010 |
11.09.2010 |
9 |
| Hari Persekolahan |
12.09.2010 |
30.09.2010 |
15 |
| Hari Persekolahan |
03.10.2010 |
31.10.2010 |
21 |
| Hari Persekolahan |
01.11.2010 |
18.11.2010 |
14 |
| Cuti Akhir Tahun |
19.11.2010 |
01.01.2011 |
44 |
| Jumlah |
288 |
| Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am |
210 |
| Jumlah Hari Cuti Penggal |
78 |
| Kumpulan B |
| Penggal |
Cuti dan Hari Persekolahan |
Mula |
Akhir |
Hari |
I |
Hari Persekolahan |
04.01.2010 |
29.01.2010 |
20 |
| Hari Persekolahan |
01.02.2010 |
26.02.2010 |
20 |
| Hari Persekolahan |
01.03.2010 |
12.03.2010 |
10 |
| Cuti Pertengahan Penggal |
13.03.2010 |
21.03.2010 |
9 |
| Hari Persekolahan |
22.03.2010 |
31.03.2010 |
8 |
| Hari Persekolahan |
01.04.2010 |
30.04.2010 |
22 |
| Hari Persekolahan |
03.05.2010 |
31.05.2010 |
21 |
| Hari Persekolahan |
01.06.2010 |
04.06.2010 |
4 |
| Cuti Pertengahan Tahun |
05.06.2010 |
20.06.2010 |
16 |
II |
Hari Persekolahan |
21.06.2010 |
30.06.2010 |
8 |
| Hari Persekolahan |
01.07.2010 |
30.07.2010 |
22 |
| Hari Persekolahan |
02.08.2010 |
31.08.2010 |
22 |
| Hari Persekolahan |
01.09.2010 |
03.09.2010 |
3 |
| Cuti Pertengahan Tahun |
04.09.2010 |
12.09.2010 |
9 |
| Hari Persekolahan |
13.09.2010 |
30.09.2010 |
14 |
| Hari Persekolahan |
01.10.2010 |
29.10.2010 |
21 |
| Hari Persekolahan |
01.11.2010 |
19.11.2010 |
15 |
| Cuti Akhir Tahun |
20.11.2010 |
02.01.2011 |
44 |
| Jumlah |
288 |
| Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am |
210 |
| Jumlah Hari Cuti Penggal |
78 |
| Kumpulan A |
Kumpulan B |
|
-
Kedah
-
Kelantan
- Terengganu
|
- Perlis
- Pulau Pinang
- Perak
- Selangor
- Negeri Sembilan
- Melaka
- Johor
|
- Pahang
- Sabah
- Sarawak
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Wilayah Persekutuan Labuan
- Wilayah Persekutuan Putrajaya
|
JADUAL WAKTU PERSEKOLAHAN
sila klik
DISINI
BAYARAN YURAN
Sila rujuk
Bahagian Kewangan TADIKA.
SYARAT DAN PERATURAN TADIKA
Satu salinan
Syarat dan Peraturan TADIKA akan diberikan kepada Ibubapa yang
mendaftarkan anak mereka di Tadika.
|