|
PENGENALAN
Taska Mutiara Harapan merupakan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA)
yang telah ditubuhkan dan mula beroperasi sejak 30 Oktober 2003.
Pihak kami menyediakan perkhidmatan pengasuhan kanak-kanak kepada
ibu bapa yang bekerja. Pakej perkhidmatan merangkumi persiapan murid
ke tadika, sekolah kebangsaan dan juga ke sekolah agama. Selain itu,
kemudahan ‘Transit’ turut disediakan untuk murid-murid sekolah.
Perkhidmatan pengasuhan di Taska Mutiara Harapan berusaha memberi
rangsangan kepada pertumbuhan dan perkembangan sosial, emosi, rohani,
fizikal, dan bahasa di kalangan kanak-kanak. Aspek-aspek ini akan
ditekankan melalui aktiviti dan program yang dirancang seperti
bercerita, pergerakan motor kasar dan pergerakan motor halus.
Pihak kami turut mengambil berat tentang kredibiliti penyelia dan
pengasuh di Taska Mutiara Harapan. Warga kerja sentiasa dipantau
oleh Jemaah Pengurusan agar sentiasa melaksanakan tanggungjawab
mereka terutamanya dalam soal pengasuhan, keperluan asas, kebersihan,
keceriaan, keselamatan, menyediakan persekitaran yang merangsang
perkembangan kanak-kanak dan mempunyai jalinan komunikasi yang baik
dengan ibu bapa kanak-kanak.
Kebersihan, Keselesaan, Keceriaan dan Keselamatan adalah menjadi
Keutamaan Kami.
VISI
Menjadi Taman Asuhan
Kanak-Kanak (TASKA) yang menyediakan perkhidmatan pengasuhan
berkualiti bagi kanak-kanak yang berumur dua bulan hingga empat
tahun selaras dengan dasar-dasar yang dirancang oleh Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menjelang tahun 2020.
MISI
Berhasrat dan berusaha
membangunkan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) yang menyediakan
perkhidmatan pengasuhan yang bersih, selesa, ceria dan selamat yang
mampu menyuburkan serta mengembangkan potensi kanak-kanak dari segi
pertumbuhan kognitif, afektif dan sahsiah.
MATLAMAT
Mencungkil, menyuburkan
dan mengoptimumkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek pertumbuhan,
perkembangan, menguasai kemahiran asas serta memupuk sikap positif
melalui pengajaran dan pembelajaran yang terancang, sesuai dengan
minat, kebolehan dan peringkat umur kanak-kanak.
OBJEKTIF
1. Menyediakan kemudahan
dan perkhidmatan pengasuhan kanak-kanak dalam suasana
bersih, selesa, ceria dan selamat berteraskan piawaian-piawaian
tertentu.
2. Menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan yang menyeluruh,
seimbang dan
bersepadu melalui pendedahan, pengalaman dan interaksi.
3. Menyediakan makanan seimbang dan berkhasiat bagi membantu
pertumbuhan dan
perkembangan kanak-kanak serta mengamalkan gaya hidup sihat.
4. Menggalakkan
kecerdasan dan kemahiran fizikal serta amalan kesihatan, kebersihan
dan
keselamatan yang baik melalui aktiviti fizikal dan rutin harian.
5. Meluaskan peluang belajar, pengalaman, potensi diri kanak-kanak
melalui pengajaran
dan
pembelajaran yang terancang, sesuai dengan minat, kebolehan dan
peringkat
umur
kanak-kanak.
6. Memupuk dan
mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
7. Memastikan pengurusan
dan pentadbiran hal ehwal taska dijalankan dengan cekap,
berkesan dan responsif kepada kehendak-kehendak dan
keperluan-keperluan
pelanggan iaitu kanak-kanak, penyelia, pengasuh, ibu bapa,
masyarakat dan negara.
LOGO

Warna Kuning: Melambangkan Keceriaan
Warna Merah: Melambangkan Keberanian
Warna Biru: Melambangkan Keharmonian Dan Kedamaian
Warna Unggu: Melambangkan Kecintaan Dan Kasih Sayang
Huruf Kecil Abjad M dan H: Singkatan Nama Mutiara Harapan
KID CARE: Perkhidmatan Pengasuhan Kanak-Kanak
MOTTO
DIDIDIK,
DILINDUNGI, DAN DIKASIHI
PAKEJ YANG DISEDIAKAN
Menetap di
taska dan menghadiri kelas tadika
Menetap di taska dan menghadiri kelas Kafa Integrasi
Penjagaan bayi dari umur dua (2) bulan ke atas
Penjagaan kanak-kanak satu (1) tahun hingga empat (4) tahun
Penjagaan kanak-kanak empat (4) tahun ke atas
HARI DAN MASA OPERASI
Isnin hingga
Jumaat 7.00 pagi – 6.30 petang
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum (Negeri Selangor) Tutup
KURIKULUM TASKA
Taska Mutiara Harapan menggunakan Modul Asuhan Kanak-Kanak, Jabatan
Kebajikan Masyarakat yang diintegrasikan dengan Kurikulum Prasekolah
Kebangsaan, Kementerian Pelajaran, Malaysia. Aktiviti-aktiviti yang
dilaksanakan adalah mengikut minat, kebolehan dan peringkat umur
kanak-kanak seawal usia dua (2) bulan hingga empat (4) tahun.
Komponen pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara bersepadu
sebagaimana berikut:
Bahasa dan Komunikasi
Pendidikan Kerohanian dan Moral
Perkembangan Kognitif
Perkembangan Sosioemosi
Perkembangan Fizikal
Kreativiti dan Estetika
BAYARAN YURAN
Sila rujuk
Bahagian Kewangan Taska Mutiara Harapan.
SYARAT DAN PERATURAN TADIKA
Satu salinan
Syarat dan Peraturan Taska akan diberikan kepada Ibubapa yang
mendaftarkan anak mereka di Taska Mutiara Harapan.
|