Segala puji-pujian kepada Allah s.w.t. selawat dan salam ke
atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w. serta kaum
kerabat dan sahabat-sahabat baginda.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan
limpah kurniaNya juga, maka terhasillah laman web Tadika
Alya Az-Zahrah. Halaman web ini telah dibuka kepada umum
secara rasminya pada 11 November, 2007 bersamaan 1 Zulkaedah
1428H dalam Majlis Konvokesyen 2007 yang berlangsung di
Monterez Golf & Country Club, Shah Alam.
Laman web tadika ini telah direka dan dihasilkan adalah
bertujuan untuk memberikan pendedahan latar belakang dan
pelbagai aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran oleh
warga akademik tadika. Ianya diperkenalkan kepada umum atas
tujuan untuk memberikan informasi tepat dan terkini
berhubung perkembangan, perubahan dan pelbagai aktiviti
kurikulum dan ko-kurikulum yang dilaksanakan di tadika.
Insya-Allah, laman web ini akan sentiasa dikemaskinikan di
mana ianya akan dijadikan sebagai salah satu cara
mempamerkan dan menyalurkan informasi aktiviti-aktiviti dan
hasil kerja guru-guru serta murid-murid yang mampu dijadikan
contoh oleh masyarakat suatu hari nanti.
Mudah-mudahan ianya akan memberikan manfaat kepada pengguna
sekaligus meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran
yang lebih berkualiti di tadika ini.
Akhir kata, selamat melayari laman web tadika kami.
Wassalam.