Halaman Utama

    Sekapur Sireh

    Profil

    Aktiviti

    Galeri

    Tips Keselamatan

    Borang Pendaftaran

    Hubungi Kami

    Pelan Lokasi

 

SEKAPUR SIREH SEULAS PINANG


Asalamualaikum Warahmatullahi Wabarakahtuh. Salam Sejahtera.


Segala puji-pujian kepada Allah s.w.t. selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w. serta kaum kerabat dan sahabat-sahabat baginda.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurniaNya juga, maka terhasillah laman web Taska Mutiara Harapan. Halaman web ini telah dibuka kepada umum secara rasminya pada 11 November, 2007 bersamaan 1 Zulkaedah 1428H dalam Majlis Konvokesyen 2007 yang berlangsung di Monterez Golf & Country Club, Shah Alam.

Laman web tadika ini telah direka dan dihasilkan adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan latar belakang dan pelbagai aktiviti-aktiviti oleh warga Taska Harapan. Ianya diperkenalkan kepada umum atas tujuan untuk memberikan informasi tepat dan terkini berhubung perkembangan, perubahan dan pelbagai aktiviti yang dilaksanakan di taska.

Insya-Allah, laman web ini akan sentiasa dikemaskinikan di mana ianya akan dijadikan sebagai salah satu cara mempamerkan dan menyalurkan informasi aktiviti dan hasil kerja kanak-kanak yang ditempatkan di Taska Mutiara Harapan

Mudah-mudahan ianya akan memberikan manfaat kepada pengguna sekaligus meningkatkan prestasi perkhidmatan penjagaan yang lebih berkualiti di Taska Mutiara Harapan.

Akhir kata, selamat melayari laman web Taska Mutiara Harapan. Wassalam.

Sekian, selamat maju jaya.

MASTUNI BIN SAMIRAN

PENGERUSI
TASKA MUTIARA HARAPAN
 

 

© 2007 Tadika Alya Az-Zahrah. Hakcipta Terpelihara.
Sebarang artikel dan komunikasi
di dalam laman web  ini tidak boleh diterbitkan semula tanpa kebenaran. Kami tidak bertanggungjawab terhadap kesulitan yang timbul berpunca daripada maklumat tersebut. Laman web dibina dan diselenggara oleh eightyeightstudio.com